New Beginning

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم.. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah.. di tahun 2019 masih diberikan kesejahteraan kesihatan oleh Allah swt untuk melihat dunia tika ini. Melihat pelbagai ujian melanda dunia sebagai tanda 'teguran' daripada Allah swt. Lalu perlu kah kita sebagai musafir ini bertanya kepada diri, "Apakah ini semua cuma kebetulan? atau ia adalah teguran daripada Tuhan?" Sehingga saat ini masih berleluasa maksiat di atas muka bumi. Yang terlihat oleh mata sudah tidak mampu tertanggung lagi 'kesakitan' nya , inikan pulak yang 'tersembunyi'.

Ujian iman sangat hebat sekarang. Susah nak duga. Cuma macam mana kita sebagai muslim ini mampu mengimbangi tahap kestabilan iman kita.

Aku? Ya, aku juga tidak terkecuali. Masih mencari-cari bayang diri sendiri, masih mencari-cari realiti hakikat laluan perjalanan ku ini. Terasa sukar dan jatuh berkali-kali tapi aku sedang bangkit melawan kelemahan yang merebahkan aku saat ini. Semoga Allah swt pinjamkan kekuatan kepada aku untuk terus mengimbangi tahap iman dalam diri.


Sekian, kalam hati di malam buta.


04 JamadilAkhir 1440H | Sabtu 11.21PM

Kalam insan,
LH

2 comments:

N said...

Assalam. Selamat kembali..
Boleh ke saya nak tahu siapa penulis langit hitam? Masih penulis yg sama dengan sebelum ni atau penulis berbeza? Atau ada bbrapa org penulis?

Langit Hitam said...

N... waalaikumussalam. thanks. masih penulis yang sama. dengan semangat baru dalam dunia penulisan blog.inshaAllah. :)

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.