D I A

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Yang nampak selalu tersenyum di wajah
tak semesti tersenyum juga di hati
yang nampak tenang di wajah
tak semesti tenang juga di hati.

Kadang orang yang kau lihat selalu tersenyum dan ketawa di depan kau tu,orang itu sebenarnya sering menangis di balik tadbir malam. Mengenangkan dosa-dosa silam yang tak mahu lagi diulang tayang. Orang yang dilihat kuat itu sebenarnya cuba bertahan di sebalik pagar keimanan yang kadang runtuh dihempas ombak badai ujian.

Siapa sangka,
orang yang kini berada di depan kau itu
sebenarnya pernah rebah beberapa kali
diheret derita dunia, hampir saja tersungkur menyembah bumi
namun, kerana tidak kenal erti putus asa, dia mencuba dan terus mencuba perbaiki diri.

Seluruh sudut mencaci maki dia dengan pelbagai tuduhan menghina,
peduli apa dia tentang itu semua. Perjalanan tetap diteruskan juga biar semua berkata-kata. 
Mereka sengaja mengambil alih kerja Tuhan sedang mereka lupa, mereka bukan Tuhan untuk mengadili manusia.
Langkah demi langkah diteruskan, jika dia berhenti di pertengahan jalan, mendengar kata-kata mereka
sudah pasti dia bukan seperti hari ini. 

Terlalu banyak benda yang dia belajar dari kehidupan,
kadang dia sendiri lelah tapi dia bertahan kerana dia tahu Tuhan selalu berinya harapan untuk mulakan sesuatu yang indah. Peduli apa kata manusia, tapi buat apa yang Tuhan pinta. Moga Allah redha. 


7.45 am | 11 Muharram 1437H

by LangitHitam
 

No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.