Buka Akaun Dulu

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم .  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



"Derma berguni-guni dah tapi tak ada hasil pun." 

Ha...nak kata lagu mana kalau macam tu. Emm, emm.. analoginya macam ni lah senang sikit nak faham kan. 

Ibarat ada duit tapi tak tahu macam mana nak simpan dalam bank. Dah kalau tak buka akaun, mana mahunya duit tu dimasukkan dalam bank.

Ha, macam tu la juga ibadat kita. Kau buat banyak mana pun kebaikan tapi kalau tak solat, macam mana pahala tu nak disalurkan?? Emm, emm.. Solat tu ibarat akaun kita. Kalau ada akaun, baru boleh simpan. Kan.. Wujudkan dulu akaun tu, lepas tu banyak mana kebaikan yang kita buat, dah ada tempatnya kita nak simpan pahala. Ha.. gitu. Nak diibaratkan banyak la pulak.

Solat tu tiang agama. Tak solat, tiang tak de, agama runtuh. Mana boleh sebuah rumah berdiri tanpa tiang sebab kekuatannya adalah pada tiang tu sendiri. 

#Talktomyself

Langithitam.com


No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.