Berdiri Atas Kaki Sendiri

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم . السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



"Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (An-Najm : 43)

  
Pernah tak sekali dalam hidup kita rasa kecewa? Sedih? Putus asa? Hanya kerana makhluk yang bernama manusia. Menangis menahan pedih dan luka yang ditinggalkan oleh mereka pada diri kita. Tak berdaya. Terus rasa kelam dan rebah di situ jugak. Kita perlukan masa untuk bangkit dan bina semula kekuatan yang selama ini kita ada tapi telah musnah hanya gara-gara manusia. 

Pasti sekali semua pernah rasa begitu kan termasuklah aku jugak. Ye. Pedih dan terluka itu sudah biasa cuma sesekali diuji dengan orang yang paling rapat dengan kita atau yang paling dekat di hati kita, rasa hilang segalanya tapi kita sebenarnya lupa bahawa kita tak perlu pun bergantung kepada manusia. Manusia hanyalah makhluk ciptaan Allah yang tak sempurna dan terbatas untuk memberikan sesuatu yang kekal bagi sesama manusia. 

Kita harus berdiri atas kaki sendiri dan bergantung harap hanya pada Yang Maha Satu. God is the most beneficent. Ask Him for everything.

Allah tu maha luas kurnia-Nya. Bermohonlah kepada Dia dan yakinlah bahawa doa kita akan dikabulkan oleh-Nya. Allah sangat Penyayang pada hamba-hambaNya. Dia Maha Pengasih, Maha Pendengar lagi Maha Melihat. Manfaatkan waktu yang ada untuk bermunajat kepada-Nya bagi meraih redha-Nya. Allah tak kan mengecewakan hambaNya.

........................................
"Don't depends on anyone, because even your shadows leaves you in the darkness." - Ibn Taymiyya

#LangitHitam
23:28 PM | 18 September 2015M


No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.