Positif Dengan Ujian

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


 Kadang yang namanya ujian tu datang tanpa diundang. Siapa je yang suka diuji? dengan ujian yang kadang kala macam berat je nak tanggung. Tepis ke kanan tak kena, tepis ke kiri pun tak kena. Lalu dipujuk dengan kata-kata, "Ujian tu tanda Allah sayang."


Rasulullah saw bersabda,"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Allah akan mengujinya dengan kesusahan." [Riwayat al-Bukhari]

Bersyukur di saat terima ujian Allah sebab dah tahu Allah uji tu sebagai tanda sayang, Allah masih ingat kita, nak kita kembali pada Dia, berdoa pada Dia, minta hanya pada Dia bukan yang lain. Manakah yang lebih baik? Kita diuji oleh Allah sebab Allah masih sayang kita atau kita dibiarkan tanpa sebarang ujian sebab Allah dah tak pedulikan kita?

Tipu jika kita kata tak pernah ditimpa masalah atau ujian kerana yang namanya manusia itu tak pernah sunyi dilanda ujian atau masalah sebab Allah nak lihat iman hambaNya bertambah atau berkurang.

Kita selalu tanya, "Tuhan, berkali-kali aku katakan, aku ingin kembali pada jalan-MU tapi kenapa setiap kali itu juga aku diuji? Benarkah Kau sayang aku, ya Tuhan?"

Pelbagai persoalan demi persolan kita timbulkan apabila kita diuji. Lupakah kita siapa yang beri kita ujian dan siapa pula yang beri kita kekuatan di saat kita dilanda ujian? Manusia terkadang terlalu ego hingga menolak takdir Allah. Astaghfirullah. Belajar redha dalam mengharungi ujian. Cubalah menjadi bahagia walaupun sedang berduka kerana kita tahu ada cintaNYA di situ bersama ujian yang dilalui. Ujian kita dengan ujian orang lain mungkin tak sama tapi percayalah ada tanda cintaNYA terhadap kita. Mungkin ada orang lain yang ujiannya jauh lebih hebat dari kita, maka bersyukurlah dengan ujian yang kita terima.

Dan ketika Allah mengambil sesuatu dari 'genggaman' kita, sedarlah bahawa Dia sebenarnya membuka tangan kita untuk menerima sesuatu yang lebih baik. Senyumlah, sesungguhnya apa yang membebankan atau menyusahkan kita adalah untuk membahagiakan kita. Apa yang Allah swt ambil dari kita akan dianugerahkan di akhirat kelak. Apa yang Allah swt menyebabkan kita menangis adalah untuk melihat kita tertawa di akhirat kelak. Apa yang Allah swt timpakan ujian pada kita adalah kerana Allah sayangkan kita. Bersabarlah sayang.

Setiap kesabaran  akan digantikan dengan kemenangan. Setiap kedukaan akan digantikan dengan kebahagiaan. Setiap perpisahan akan digantikan dengan pertemuan. Setiap yang berakhir akan bertukar dengan permulaan.  Setiap kejadian pasti ada hikmah yang Allah swt berikan.

If you feel that you are very down, just close your eyes and say, "This is my journey. He puts me here. It's His plan. So, I have just to carry on and trust Him."

Sometimes, we need to detach ourselves from absolutely everything, close our eyes and just have a moment with Allah.

Kasih sayang kita cuma seraut, tapi kasih sayang Allah selaut. Mana mampu kita hitung.


Sincerely by,
#LangitHitam

No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.