#PENAT

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم  . السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

 
Dalam sendu, laju tangan menaip kata-kata. Hati hanya menangis hiba. Tak boleh nak ungkapkan semua melalui bicara. Hanya biarkan ia sepi tanpa suara. Tapi sampai bila ?? 

Batin menjerit, "Aku dah penat. Penat sangat buat dosa. Sampai aku rasa aku dah tak mampu lagi nak buat dosa.",laju air mata mengalir menuruni pipi.

Benar. Bila selalu sangat melazimi diri dengan dosa, akan sampai satu tahap di mana kita tak mampu lagi nak buat dosa. Sampai satu tahap yang kita bukan rasa puas buat dosa tapi kita rasa sesak dada, sesak semuanya. Rasa ada sesuatu yang menghalang bahagia tercipta. Bila tahap maksimum tu dicapai, rasa serik mula muncul dalam diri. Tak semua orang rasa apa yang kita rasa. Hanya kita dan Maha Pencipta saja tahu apa yang kita rasa. 

Saat tu, rasa yang diri penuh dengan dosa mula menerpa. Menganggu fikiran, hati dan perasaan. Tak tenang. Mula sedar yang selama ini masa terbuang begitu sahaja dengan perkara yang sia-sia, dosa terpalit pada diri tanpa bayaran. Rasa menyesal tak berkesudahan. Menyalahkan diri yang lupa Tuhan. Masanya sudah tiba kembali pada jalan kebenaran.

Apabila merenungi hikmah semua ini, sebenarnya, Allah hadirkan rasa 'berdosa' tu dalam diri sebab DIA sayang kita. DIA tak nak kita berterusan buat dosa. DIA nak kita tahu yang pintu taubat tu masih terbuka luas selagi mana nyawa belum sampai ke kerongkong. Terus jalan, jalan menuju Tuhan. 

Cuba tanya hati sendiri, "Penat tak buat dosa? Puas ke buat dosa? Tenang? Bahagia? Seronok?" Hati secara fitrahnya bersih tapi bergantung bagaimana cara kita mengendalikannya. Pernah rasa tak bila buat dosa, hati kita rasa tak tenang, resah dan gelisah setiap masa. Tu menunjukkan kontranya hati kita dengan perbuatan dosa yang kita buat. Asalnya bersih, janganlah kita nodainya menjadi kotor. Lazimi diri menyebut istighfar astaghfirullahal a'zim. Ingat semula ikrar kita pada Yang Satu. Kita kena ingat selalu bahawa dalam diri kita yang hina penuh dosa ni, ada segumpal darah . Jika amalan di jaga maka baiklah ia, jika buruk amalan kita maka buruklah jugak ia. Hati kita amanah daripada Allah yang perlu dipelihara dengan zikir,ibadah dan ilmu pengetahuan. 

Bila rasa penat buat dosa, kembalilah muhasabah diri. Ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Perbaiki hubungan kita dengan Ilahi. Waktunya untuk kita mengerti bahawa ajal boleh kunjung tiba bila-bila masa. 


### Rasa diri tak penat buat dosa? seronok ? Hmm.. seronok tu tak lama. Tak kekal lama. Kasihankan hati. Hati tu perlukan ketenangan walaupun cuma sesaat. Aku pernah buat dosa dan aku tahu tak ada manusia biasa macam aku ni yang terlepas dari buat dosa, aku tahu macam mana rasanya buat dosa. Awalnya seronok tapi lama kelamaan 'keseronokan' tu hilang sikit demi sikit dan diganti dengan tekanan. Dosa yang kita buat mula menghantui dan menekan diri kita. Aku dah penat macam tu sebab tu aku pilih untuk berlalu pergi. Pergi dari hidupku yang kelam dulu. Semua tu dah mengajar aku untuk mengejar Yang Satu. Kau jaga Allah, Allah jaga kau. 


Noktahkan perbuatan dosa kita.

..........................
Hanya menjadi aku,
#LangitHitam

25 Ogos 2015M | 1:28 AM

No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.