Muslim Fasik

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم .  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Jika kamu sedang berpuasa, ada orang ajak bergaduh dengan kamu sama ada di kereta ka jem orang bunyikan hon ka,  atau apa saja yang bikin kita jadi marah. Maka, beritahu kepada orang itu bahawa, "Saya sedang berpuasa."

Kenapa disuruh cakap macam tu? Maki orang memang salah. Menjawab makian dengan makian pun juga salah. Baik orang itu berpuasa atau tidak berpuasa, salah tetap salah. Tapi makian orang berpuasa kepada orang lain boleh mengugurkan ganjaran puasa selain daripada bahaya makian itu sendiri kerana makian bukan dilarang kepada orang berpuasa sahaja. Yang tak berpuasa tetap tak boleh memaki. Orang maki orang , itu perbuatan orang fasik. Membunuh orang Islam itu perbuatan kafir kata baginda Rasulullah s.a.w. 

Hari ni dimaki bukan muslim saja tapi ulamak dimaki juga. Ulamak dimaki. Sudahlah perbuatan memaki orang muslim saja adalah perbuatan orang fasik apatah lagi yang dimaki itu merupakan ulamak. 

Bukankah komen kat facebook sekarang macam-macam. Iye kan? Tak tahu yang keluar dari lisannya itu ada yang menghisab. Tak kan miss walaupun satu lafaz. Akan dipertanggungjawabkan apa yang diucapkan. Engkau hisab diri kamu di dunia sebelum kamu dihisab nanti di akhirat. Setiap kali akan ditanya oleh Allah atas apa yang dituturkan. Tidak melafazkan perkataan apa pun juga  dicatit semua.

Yang maki kepada fulan umpamanya mengatakan "ini khurafat" , atau "fulan ini pembawa bida'ah", atau "fulan ini adalah tidak alim", atau "fulan ini dengan ......" Siapa anda nak maki orang itu? Sudahkah anda ini termasuk dalam muqarramindallah ? (dah tahu Allah bagi wahyu kepada kita?), "Aku paling baik daripada orang, so hak aku untuk rendahkan orang lain?" Siapa kita nak mendakwa diri kita lebih baik daripada orang? 

Yang kita dengar daripada Rasulullah saw, cukup seorang itu buat jahat kalau menghina muslim yang lain. Jangan rendahkan orang lain. Cari kemuliaan tu di sisi Allah swt. dan tidak mengganggap diri kita mulia daripada orang lain.

***Ingatkan aku hamba yang berdosa, tak lepas dari buat silap. Moga dapat muhasabah diri. 

by LangitHitam  | 00:07 PM  | 22 RAMADHAN 1436H







No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.