Kita Masih Punya Allah

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



 Dalam kisah nabi Musa as, Allah swt menceritakan tentang kekuatan orang yang bagaimana berasa dirinya bertuhan apabila berdepan dengan masalah dan cerita ini menjadi iktibar kepada kita sebagai seorang yang beriman yang bertuhankan Allah swt untuk tidak bersandar kecuali kepada Allah dalam apa saja permasalahan walaupun semua makhluk tak mampu untuk selesaikan.

Nabi Musa as ketika membawa bani Israel lari dari penindasan dan seksaan Firaun, dibawa oleh Nabi Musa, ketika sampai di tepi lautan. Firaun yang menyedari bahawa nabi Musa telah membawa bani Israel mempersiapkan satu kekuatan yang begitu hebat dan yang luar biasa, senjata yang lengkap mengejar nabi Musa dan bani Israel. Jumpa. Mereka berada di tepi pantai sementara Firaun sedang mengejar bersama bala tenteranya. 

Apa kata bani Israel?
 Bani Israel berkata,"Kita tak ada tempat dah.Depan laut, belakang ada Firaun dan tenteranya. Kami sudah kena tangkap.Kami sudah tak boleh lari. Kami sudah tak boleh diselamatkan."

Masalah atau bukan masalah? Masalah itu benar atau tidak? Bukankah di depan bani Israel itu lautan, di belakang ada Firaun. Maju mati, mundur mati ikut mentaliti logik. Tapi mentaliti orang beriman apabila berdepan dengan masalah tidak mengedepankan logik. Tidak mengedepankan akal. Tetapi mengedepan Tuhan yang menciptakan akal. 

Apa kata nabi Musa as? Nabi Musa kata, "Tak. Kita belum kena tangkap lagi. Kita belum habis lagi. Kita belum akan dihancurkan lagi. Bersama dengan saya Tuhan saya. Saya tidak melihat pada lautan ini dan Firaun serta tenteranya. Saya bukan melihat segala permasalahan yang nampak dengan mata tak boleh dikawal dan mesti terjadi sepertimana yang dilihat. Ini semua tertakluk kepada Allah swt yang berkuasa untuk berbuat apa saja kepada lautan dan berkuasa berbuat apa saja kepada Firaun dan tenteranya."

Ini bahasa iman. 
Kepada orang yang berasa jiwanya bertuhan.
Maka dia akan sentiasa mengedepankan kuasa Tuhan berbanding kekuatan dirinya hatta seluruh makluk.
Berapa banyak zahir kemenangan yang diberikan dan ditunjukkan oleh Allah kepada kaum muslimin bukan kerana kekuatan mereka tapi kerana kekuatan yang diberikan oleh Allah swt. 

Allah swt perintahkan kepada nabi Musa as, "Wahai Musa, pukullah lautan itu dengan tongkat."
Jika ikut hukum logik juga, berapa banyak Allah tunjukkan dalam al-Quran terbatalnya hukum logik akan tetapi  masih ramai manusia yang mengutamakan hukum logik dalam segala hal. Hukum akal dalam segala hal. 

Tak masuk dek akal. Yang tak masuk dek akal awak belum tentu mustahil. Belum tentu tak wujud. 

sambungan..
Disuruh pukul lautan, nabi Musa as pun pukullah lautan. Apa yang berlaku? 
Maka terbelah la menjadi dua lautan umpama gunung yang tinggi dan besar. Barulah nabi Musa as laluinya bersama bani Israel. 
.....................................

***Orang yang bertuhan berbeza dengan orang yang tak bertuhan. Yang bertuhan sentiasa mengembalikan segala permasalahan kepada Tuhan. Orang yang tidak bertuhan akan mengembalikan segala-gala permasalahan kepada dirinya sendiri. Kalau dah tak boleh menghadapi masalah,maka dia akan ambil tindakan shortcut.

Allahu akbar .

by LangitHitam | 00:12 PM | 21 Ramadhan 1436H








No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.