Kita Perlukan Para Pejuang Yang Soleh

السلام عليكم


Allah menjanjikan pertolongan kepada orang beriman, jangan sekali-kali melihat kepada kekuatan bilangan atau kekuatan senjata. Tak kan nak membandingkan pertolongan Allah SWT dengan kekuatan kita? dengan jumlah bilangan tentera. Nak diletakkan di mana kekuatan kita dengan pertolongan Allah SWT. ? Siapa yang berani melawan Allah SWT. ? Kekuatan mana yang boleh menandingi kekuatan Allah SWT. ?

Orang yang beriman menyiapkan persenjataan, bilangan hanya sebagai sebab tapi tidak bergantung kepada sebab. Dalam Quranul Kareem, Allah kisahkan beberapa peperangan. Yang pertama, peperangan yang dihadiri oleh Tholut,

"Hei, macam mana Tholut boleh jadi raja?Tak de harta. Ha macam mana?"

Allah beritahu Allah yang pilih. Dalam hal ini , orang yang menjadi panglima perang mestilah orang yang soleh. Kerana kesolehan seseorang menjadi sebab pertolongan Allah SWT. kerana orang yang soleh mesti akan memimpin bala tenteranya untuk taat kepada Allah SWT.

Lalu, Tholut membawa ramai jumlah bala tenteranya. Apa kata Tholut? Tholut tak bergantung kepada kekuatan, dia tak nak bilangan tentera yang ramai tu. Tidak mahu bukan tidak mempersiapkan kekuatan tentera yang ramai tetapi tak nak mempersiapkan tenteranya itu yang di dalam hatinya ada matlamat selain Allah. Tak mahu tentera-tentera yang tidak ada kemutlakan iman kepada Allah SWT.

Apa yang dilakukan oleh Tholut? Allah menguji kepada kamu.

Apa ujiannya yang dilakukan oleh Tholut kepada tentera yang ramai itu? Ada sungai. Dia berkata, siapa yang minum banyak daripada air sungai ini, tak boleh sertai perang.

Di saat memerlukan kekuatan, tentera yang minum daripada air sungai itu, tak boleh sertai perang. disuruh pulang. Tapi yang tidak minum, boleh sertainya dalam peperangan kecuali yang nak ambil sikit saja untuk minum,silakan katanya.

Musim panas, haus, dahaga. Cabaran yang luar biasa. Mana ada kekuatan seseorang yang berperang dalam keadaan dia lemah,tubuh badannya perlukan air.

Dalam peperangan Badar, yang dikuasai oleh kaum Muslimin, adalah air. Sebab sumber kekuatan. Air diperlukan. Tetapi pada masa Tholut, ini diuji,justeru tak boleh minum air di saat mereka perlukan air. Cuaca panas. Yang diuji keimanan seseorang. Yang diuji kemantapan,keyakinan terhadap pertolongan Allah SWT. Yang menyuruh untuk tidak minum adalah Allah. Kalau ikut hukum logik, orang kalau lemah, haus tak minum, maka dia akan letih dan tak boleh untuk memegang senjata berperang sementara tubuh badannya lemah. Itu hukum logik. Tapi hukum iman, letakkan logik di tepi.Kita percaya kepada yang memberikan kekuatan iman kepada kita .

Kemudian,apa yang berlaku kepada tentera-tentera Tholut? Ramai di antara mereka yang minum. Lalu Tholut suruh mereka pulang. Dengan baki jumlah tentera yang sikit itu, ketika sudah berhadapan dengan Jalut, tambahan pula tentera-tentera Jalut ini terkenal dengan kuatnya luar biasa, akhirnya kalah juga . Kalah dengan apa? Adakah dengan kekuatan?? TIDAK. Mereka kalah dengan bantuan Allah SWT. Pertolongan daripada Allah SWT. Yang diperlukan adalah tentera-tentera ISLAM, yang membela terhadap agama ISLAM. Yang memantapkan keyakinanya, matlamatnya kepada ALLAH SWT. Tetapi jika ada matlamat-matlamat duniawi, melihat kekuatan kepada zahir, maka tunggulah kehancuranmu. Orang yang bergantung dalam peperangan dengan kekuatan zahir akan dibiarkan oleh Allah SWT. dalam peperangan itu dan pihak lawan yang lebih kuat persenjataannya, itulah yang akan menang.



by LangitHitam



No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.