Bersangka Baiklah Dengan Sahabat

السلام عليكم

Dalam adat sesebuah persahabatan itu, carilah kemungkinan-kemungkinan untuk memungkinkan kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita itu sampai kepada 70x kemungkinan. Yakni, jika kita berkawan dengan seseorang,kemudian dia buat apa-apa jemputan, dia tak jemput. Apakah kita punya reaksi ketika itu?

 "Ini memang dia tak kenang hak persahabatan." "Dia biasalah kalau dah senang tak ingat kepada aku."

Ini orang yang cari kemungkinan yang buruk. Tapi orang yang bersahabat mungkin lupa . Mungkin kerana sibuk,banyak yang dijemput. Terlupa ,terlepas pandang orang di sebelah. Mungkin dia..mungkin.. carilah apa saja kemungkinan yang baik. Kalau dah tiada kemungkinan, mungkin dia ingat dia sudah hantar jemputan itu awal daripada rakan-rakan yang lain itu. Kalau tak mungkin yang itu, cari lagi kemungkinan sampai 70x kemungkinan yakni sampai kita tak mampu nak mencari apa-apa kemungkinan yang boleh menyalahkan sahabat kita itu. 

Siapa sanggup mencari kemungkinan-kemungkinan itu ? Yang mahu bersahabat, yang sanggup bersahabat, maka dia hendaklah mencari kemungkinan-kemungkinan itu barulah dia boleh menunaikan hak persahabatan itu. Jadi, carilah kemungkinan-kemungkinan sampai 70x kemungkinan itu.

Kalau dia berselisih di perjalanan dengan kita, dia tak bagi salam pada kita, mungkin dia tengah berfikir sesuatu yang menyebabkan dia tak perasan kepada kita. Mungkin tak nampak..mungkin..mungkin..mungkin... [carilah kemungkinan yang baik]

Adab dalam persahabatan itu seterusnya:

Bilamana ingin nasihat-menasihati. Carilah suasana yang sesuai. Janganlah sampaikan nasihat dalam keadaan dia sedang runsing,kita pun nak bagi nasihat..Memang bukan timing nya masa itu. Dia akan menjadi marah terhadap diri kita. 
.........................................

Moga Allah SWT. perbanyakkan kita bersahabat dengan sahabat-sahabat yang baik  di dunia untuk kita bersahabat dengan mereka nanti di akhirat. InsyaAllah. Moga Allah SWT pertemukan kita dengan sahabat-sahabat yang boleh menunjukkan kita kesilapan kita agar kita dapat memperbaiki kesilapan yang ada pada kita melalui teguran daripada sahabat kita. Apabila sahabat kita menegur kita terhadap kesilapan yang telah kita lakukan, ucapkan kepada dia , Jazakallahu khairan . Moga-moga Allah SWT pilihkan kita sahabat-sahabat yang baik untuk kita menjadi baik dan moga-moga dalam kebaikan.InsyaAllah. 

Amin..allahuma..amin..

Syukran jazilan.


by LangitHitam



3 comments:

noradyani ab rahman said...

Setuju!bukankah fikir yangbaik2, buat yang baik2 nanti yang datang semua baik2.. aura positif istilah org skrg hehe.
danishdamiadaris.blogspot.com

noradyani ab rahman said...

Setuju!bukankah fikir yangbaik2, buat yang baik2 nanti yang datang semua baik2.. aura positif istilah org skrg hehe.
danishdamiadaris.blogspot.com

Langit Hitam said...

betul sis, selalulah husno zhon. :)

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.