Kerana takutkan Dia


Semalam, pensyarah berkongsi kisah..kisah yang pernah berlaku pada zaman para sahabat.Menarik kisahnya yang membuatkan aku mendengar dengan penuh khusyuk..yang menjadikan aku tersedar bahawa aku masih memerlukan bimbingan daripada guru-guru yang berpengalaman dan kaya dengan ilmu.

Jika aku khilaf dalam menuturkan kisah ini,jika kalian tahu mengenai kisah ini,boleh perbetulkan.

Kisahnya begini....

Pada zaman para sahabat, ada seorang sahabat ini dia menuntut ilmu dengan seorang ulamak terkenal. Sahabat ini merupakan seorang yang cerdik pandai dan beberapa kali khatam al-quran dengan gurunya. 1 hari tu, gurunya memintanya pulang dan cuba habiskan bacaannya di rumah dan memintanya bayangkan bahawa di hadapannya terdapat orang yang mendengar bacaannya..lalu dia dapat khatam al-quran dan kembali kepada gurunya serta memberitahu gurunya bahawa dia telah berjaya menghabiskan bacaannya. Gurunya menyuruhnya pulang ke rumah dan mencuba bacaannya lagi dan menyuruhnya bayangkan bahawa di hadapannya terdapat para sahabat yang mendengar bacaannya lalu dia cuma dapat menghabiskan bacaan sehingga 27 juzuk sahaja. Dia kembali kepada gurunya dan menceritakan mengenai perkara tersebut. Gurunya memintanya pulang kembali ke rumahnya dan mencuba bacaan lagi serta membayangkan bahawa ada ulamak yang berada di hadapannya untuk mendengar bacaannya , lalu dia cuma dapat menghabiskan bacaan sehingga juzuk 5 sahaja dan dia kembali menceritakan perkara tersebut kepada gurunya.

Kemudian,gurunya terus memintanya pulang ke rumah dan mencuba lagi bacaannya serta membayangkan di hadapannya kini terdapat nabi Muhammad s.a.w yang sedang mendengar bacaannya..lalu dia cuma dapat membaca surah al-fatihah sahaja. Dia kembali kepada gurunya dan menceritakan hal tersebut kepada gurunya tetapi gurunya malah menyuruhnya pulang dan memintanya mencuba lagi bacaannya dan membayangkan malaikat Jibrail yang sedang mendengar bacaannya. Ternyata bacaan 'Bismillah' pun dia tidak mampu habiskan. Dia kembali kepada gurunya dan memberitahu hal tersebut. Gurunya terus menyuruhnya pulang dan mencuba bacaannya serta membayangkan Maha Pencipta, Allah swt. yang mendengar bacaannya, lalu dia tidak mampu langsung untuk memperdengarkan apa-apa bacaan.

Kesimpulannya di sini, kisah para sahabat di atas menceritakan bagaimana takutnya dia kepada Maha Pencipta jika dia tersilap bacaan kerana al-Quran itu kalam Allah yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibrail kepada nabi Muhammad saw. dan disampaikan kepada umatnya serta terpelihara sehingga akhir zaman. Subhanallah..para sahabat yang fasih bacaan al-qurannya pun takut sedangkan kita umat akhir zaman yang rata-rata ada yang masih buta al-quran pun tidak ada kesedaran lagi untuk membuka dan membaca al-quran. Allahuakbar..semua peristiwa dan kisah-kisah yang ada dalam al-quran sangat memperlihatkan kebesaran Allah Taala..

 muhasabah diri untuk berubah menjadi baik dan lebih baik..insyaAllah.

_by LangitHitam | 12:40am_18Rabiulakhir1435H_


No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.