Tewas Kerana Tak Ikhlas



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Aku nak kongsi kisah yang pernah aku baca dalam sebuah tabloid.

Dalam kitab Mukhtasar Minhaj al-Qasidin telah disebutkan satu kisah iaitu seperti berikut:

Terdapat sebatang pokok yang telah dijadikan tempat sembahan oleh penduduk kampong.Melihat perbuatan syirik itu,seorang lelaki berazam akan menebang pokok tersebut bagi mengelak penduduk kampung daripada terus menjadi syirik.Lelaki itu pun mengambil kapak dan menuju ke arah pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata: “Apa yang ingin kamu lakukan?”
Lelaki itu menjawab: “Aku ingin menebang pokok ini.Ramai telah syirik kerana menyembahnya.”
Syaitan itu berkata: “Aku akan menghalang kamu.Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya menewaskan syaitan tersebut.

Syaitan yang menyerupai manusia itu tidak berputus asa.Dia kemudian menawarkan kepada lelaki tersebut 2 keping dinar emas setiap hari dengan syarat dia membatalkan niatnya untuk menebang pokok itu.Lelaki tersebut pun terfikir bahawa itu mugnkin sesuatu yang baik.Beliau tidak perlu bersusah payah lagi mencari rezeki kerana akan diberikan 2 keping dinar emas setiap hari.Lelaki itu pun bersetuju.

Pada keesokkan harinya,dia mendapati ada 2 keping dinar emas di bawah bantalnya.Namun pada hari ketiga tiada lagi 2 keping dinar emas sebagaimana yang dijanjikan.Lelaki itu sangat marah,lalu mengambil kapak dan bertekad untuk menebang pokok kerana janji yang tidak ditepati.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di bawah pokok itu sekali lagi berkata: “Aku akan menghalang kamu.Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini.” Terjadilah pergelutan antara mereka berdua.Kali ini lelaki itu tewas dan syaitan dapat mengalahkannya.

Lelaki itu bertanya: “Mengapa hari itu aku dapat mengalahkan kau,tetapi kali ini aku tidak dapat mengalahkan kau?”

Syaitan menjawab: “Kali pertama kau datang,niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tak berdaya mengalahkan kau.Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat 2 dinar.Apabila kau tak ikhlas kerana Allah,maka aku berjaya mengalahkan kamu.”

Moralnya: Keikhlasan tu mampu menewaskan godaan syaitan kalau keikhlasan berpaksikan semata-mata kerana Allah s.w.t tetapi jika  hanya menurutkan nafsu dan tak ikhlas, akan mudah ditewaskan oleh syaitan. Hadamkan kisah di atas.

2 comments:

✿Lady Ainaa✿ said...

Ya Allah, bestnya cerita... sangat memberi pengajaran pada ena.. terima kasih sangat...

Langit Hitam said...

@✿Lady Ainaa✿ just sharing.. apa yang dibaca moga dapat manfaatnya.insyaAllah

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.