TEROWONG JEPUN : Tinggalan sejarah


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Kamu cuba bayangkan berjalan dalam terowong yang agak gelap sejauh 1,400 meter ke dalam tanah.Bunyinya saja begitu menyeramkan tapi itlah terowong yang dibina tentera Jepun di Bukit Tinggi Sumatera Barat,Indonesia.Sebenarnya,terowong ini terletak 40 meter di bawah permukaan tanah dan keseluruhan panjangnya dianggarkan 5 km.Bagaimanapun,pengunjung hanya boleh masuk sehingga ke paras 1,400 meter saja kerana faktor bekalan oksigen yang terbatas boleh menyebabkan pengunjung sesak nafas.Oleh sebab itu,pihak berkuasa Indonesia menutup sebahagian laluan ini atas factor keselamatan.Secara asasnya,terowong ini dibina oleh buruh paksaan yang dibawa tentera Jepun dari kepulauan Jawa,Kalimantanan dan Sumatera Selatan.Tujuannya adalah untuk menjaga kerahsiaan kewujudan tempat ini.Malah sebelum ditemui,tiada seorang pun penduduk Bukit tinggi tahu tentang kewujudan terowong yang merentasi perut bumi mereka.

Terowong Jepun ini dibina secara rahsia oleh penjajah Jepun dari tahun 1942 hingga 1945.Tujuannya adalah sebagai kubu pertahanan bawah tanah bagi menyembunyikan asset perang daripada bahaya serangan tentera udara Belanda.Mengikut penemuan asal,bahagian atas terowong hanya serendah 170 sentimeter saja,namun telah diperbesarkan kemudiannya.

Ia bertujuan untuk menyukarkan pergerakan tentera Belanda apabila mereka menyerang secara tiba-tiba.Diameter pintu masuknya Cuma berukuran 20 sentimeter saja.Secara logiknya,ia hanya mampu memuatkan seorang askar saja untuk masuk dan keluar.Keseluruhan pembinaan terowong ini dilakukan oleh buruh paksaan yang dikenali sebagai romusha.Buruh ini hanya diberikan tajak dan penyodok saja untuk menyiapkan kerja.Bayangkan,mereka diseksa oleh tentera Jepun setiap kali menyodok batu pejal yang tidak mampu dipecahkan mereka.Jadi tidak hairanlah ada yang meninggal dunia dan dikuburkan dalam terowong ini.

Menurut beberapa orang penduduk sewaktu kawasan ini ditemui,terdapat banyak tulang belulang manusia serta bekas darah ditemui sepanjang terowong ini.Mereka percaya,tulang dan bekas darah itu milik romusha yang tidak tahan diseksa.Selain itu,pengkaji juga menemui tempurung kelapa,bekas bamboo yang dijadikan bekas makanan dan minuman para tahanan.Berdasarkan penemuan itu,jelas tahanan perang ini terseksa dan mendapa layanan buruk sepanjang menyiapkan kerja membina terowong ini.


Meskipun terowong ini dibina di bawah pusat Bandar bukit tinggi,namun tentera Jepun begitu bijak menyimpan rahsia kewujudannya.Tidak seorang pun tahu kewujudannya hinggalah ia ditemui selepas kemerdekaan Indonesia pada tahun 1946.Selepas penemuan ini,kerja-kerja menaik taraf dijalankan dan kini ia menjadi destinasi pelancongan.Diameter pintu masuk telah dilebarkan dan laluan ini telah dilengkapi dengan lampu eletrik untuk memudahkan perjalanan masuk dan keluar.Hanya bahagian dinding saja tak mengalami perubahan.

Terowong Jepun terbahagi kepada beberapa ruangan dan bahagian,antaranya ruang penyimpanan senjata,bilik istirahat tentera Jepun,ruang mesyuarat,ruang makan romusha,dapur,penjara,ruang siding,ruang penyeksaan,tempat pengintaian,tempat penyergapan dan pintu pelarian.

Di antara semua ruang yang ada di terowong Jepun,ruang dapur menyimpan kisah yang menyeramkan dan memilukan.Di tempat itu,romusha yang sakit atau sudah tidak perlu tenaganya akan diseksa,dianiaya dan dibunuh.Kemudian,mayatnya dilemparkan ke lembah sungai Ngarai Sianok melalui sebuah lubang yang terdapat di situ.

Terowong ini merupakan saksi kekejaman zaman penjajahan Jepun di Indonesia.Bagaimana pun,semua dokumen penting mengenai kekuatan militer Jepun dan rancangan pembinaan terowong secara lebih terperinci telah dibakar leh tentera Jepun sebaik saja mereka mendengar berita kekalahan Jepun terhadap sekutu ekoran peristiwa bom Hiroshima dan Nagasaki..

#Menarik kan kisah ni..Aku sekadar berkongsi cerita sejarah ni walaupun ni  bukan sejarah Malaysia tetapi termasuk dalam sejarah Asia Tenggara. Aku pecinta sejarah so aku berminat untuk berkongsi kisah ni.


2 comments:

farhan said...

saya pun peminat sejarah jugak..terutama sejarah perang dunia kedua dan sejarah islam

Langit Hitam said...

@farhan
boleh kongsi sejarah2 dunia jugak. terima kasih.

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.