SAPA BOLEH MASUK SYURGA?



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sama ada seseorang itu akan ke syurga atau neraka adalah ketentuan Allah s.w.t. Tiada siapa yang boleh menjamin pintu syurga kan terbuka untuknya melainkan dia dirahmati oleh Allah dengan nikmat itu.Bagaimana pun,di dalam al-Quran dan hadis,diterangkan sifat-sifat mereka yang diterima masuk ke syurga.Antaranya:

1.       Beramal salih dan mukmin
“Sesiapa yang beramal salih baik laki-laki atau perempuan dan dia mukmin,maka mereka akan masuk syurga mereka kan diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.” (Ghaafir:40)

2.       Mengucap dan istiqamah.
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata: “Rabb kami adalah Allah”,kemudian mereka istiqamah,maka tidak ada ketakutan ke atas mereka dan mereka tidak berduka cita.Merekalah para penghuni syurga dan mereka kekal di dalamnya sebagai balasan dari apa-apa yang telah mereka amalkan.” (Al-Ahqaf:14)

3.       Bertaubat dan beriman
“Kecuali orang-orang yang bertaubat,beriman dan beramal salih,maka mereka kan masuk syurga dan tidak dizalimi sedikit pun.” (Maryam:60)

Bukan kerana banyak solat dan puasa
Dari Hasan dan Rasulullah s.a.w,baginda bersabda: “Umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan berkasih saying kepada sesama muslim.”

4.       Orang pemurah
Sabda Nabi s.a.w: “Pada hari kiamat 4 golongan masuk syurga tanpa hisab;orang alim yang mengamalkan ilmunya,orang yang menunaikan haji tidak membuat dosa dan tidak menjadi fasik sampai meninggal,mereka yang mati di medan perang menegakkan kalimah Allah dan pemurah yang bekerja melalui jalan yang halal dan menggunakannya di jalan Allah tanpa riak.

5.       Beri makan dan salam
Miqdam bin Syuraih meriwayatkan dari bapanya dari abangnya,dia berkata, “Kutanyakan kepada Rasulullah s.a.w,apakah amal yang boleh memasukkanku ke syurga?” Baginda menjawab, “Yang mewajibkan itu member makan,memberi salam dan berkata dengan perkataan yang baik.”

DOA UNTUK KE SYURGA
Allah s.w.t berfirman: “Berdoalah kepada-KU,nescaya Aku perkenankan bagimu...”
(Al-Mukmin:60)
Maka wajarlah kita memohon kepada-Nya agar kita dirahmati Allah dengan nikmat syurga,dan dijauhi azab neraka.

Ø  “Allahumma inni as alukal jannah,wa maa qarraba ilaiha.”
Maksudnya:Ya Allah,sesungguhnya aku mohon pada-Mu syurga,dan apa yang mendekatkan kepadanya. (Riwayat Ibnu Majah)

Ø  “Allahumma inni as-aluka ridhaaka wal jannah,wa a’uzubika min sakhatika wannar.”
Maksudnya:Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu serta syurga,dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-mu dan api neraka.

Ø  “Allahumma inni as-alukal jannah,wa maa qarroba ilaihaa min qaulin aw’amal,wa a’udzu bika minan naari wa maa qarroba ilaiha min qaulin aw’amal,wa as-aluka an taj’ala kulla qadho-in qadhaitahu lii khairu.”
Maksudnya:Ya Allah,aku meminta syurga pada-Mu serta perkataan atau amal yang mendekatkan kepadanya.Ya Allah,aku berlindung pada-Mu dari neraka serta perkataan atau amal yang mendekatkan padanya.Ya Allah,jadikanlah setiap takdir yang Engkau peruntukkan untukku adalah baik. (Riwayat Ibnu Majah).

2 comments:

sensasi2020.blogspot.com said...

Islam itu agama yg suci,
Wajib percaya sebagai org Islam sejati,
Ugama lain mereka benci,
Namun begitu Allah Maha mengetahui.

Langit Hitam said...

@sensasi2020.blogspot.com ya, betul. ISLAM tu agama yang sempurna, jika org Islam buat silap, jgn disalahkan pd agama ISLAM tapi pd org yg buat silap tu. manusia takde yg smpurna dan tak berhak nk menghukum. Semua kerja Tuhan. :)

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.