KISAH PEMUDA DI KEDAI KOPI



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Satu hari seorang lelaki pergi ke kedai kopi dan berhasrat untuk membelinya.Dia bertanya kepada penjual roti tersebut harga sebuku roti yang baru di masak.Lelaki itu cukup dikenali sebagai orang yang alim dan taat kepada Allah s.w.t

Sambil tersenyum penjual roti menjawab, “Hanya satu dirham.”
Lalu lelaki itu menyeluk poket dan mengeluarkan wang.Tiba-tiba dahinya berkerut.Dia mencari-cari tetapi ternyata wang yang diletakkan di dalam poket bajunya telah tiada.Hatinya tertanya-tanya di manakah dia meletakkan wang tadi?Namun dia bingung dengan apa yang berlaku.

Oleh itu dia terpaksa melupakan hasratnya untuk membeli roti.Sebelum berlalu dia sempat meminta maaf dengan penjual roti dengan apa yang berlaku.

“Maafkan saya tuan,saya tidak jadi membeli roti ini kerana semua wang saya sudah dilang.Sedangkan baru sebentar tadi ia ada di dalam poket saya,” jelasnya yang masih terpinga-pinga.

Sementara itu,seorang lelaki yang tadi memerhatikannya berkata, “Ya Allah,Kau potonglah tangan yang mencuri duit anak muda ini.”

Namun apa yang berlaku,lelaki itu sedikit pun tidak marah.Malah apabila dia mendengar doa lelaki tersebut dia segera berdoa, “Ya Allah,Ya Tuhanku,andainya wang itu diambil disebabkan keperluan hidup dan dia melakukannya kerana terdesak,Kau berkatilah hidup orang yang mengambilnya.Namun andainya dia mengambil kerana tidak takutkan dosa,biarkanlah apa yang jadi ini yang terakhir dalam hidupnya.”



No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.