Kejar Kejayaan dan Kelar Alasan



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Apakah langkah-langkah untuk capai kejayaan?
Jawapannya,langkah utama ialah kenal pasti kelebihan dan kekurangan diri,kemudian buat perancangan dan jelas dengan matlamat utama.

Sentiasa meningkatkan motivasi diri dengan keyakinan bahawa kejayaan sudah terjamin selagi usaha tidak berhenti.Semua ini akan mendorong diri untuk mengelak daripada sebarang alasan seterusnya mengekalkan diri bersama azam dan keinginan.

Tetapi ingat,apa jua yang kita inginkan,mestilah didorong oleh keinginan untuk mendapat reda dan keberkatan daripada Allah.Dalam erti kata lain,perkara yang hendak dilakukan itu mestilah baik dan besar manfaatnya untuk diri sendiri dan orang lain!

Seterusnya tetapkan tujuan hidup.Namun pastikan diri memahami tentang kenapa  hendak perkara itu dan akhir sekali letakkan goal (matlamat) dalam kehidupan .
Apabila ingin melakukan sesuatu tetapi masih mengatakan “tak boleh” atau “susahnya…”,itu alasan.Ini tandanya diri sendiri mempunyai banyak ego.Oleh itu,diri perlu hidup daripada dalaman diri iaitu melalui tahu apa yang diri mahukan dan melakukannya untuk mendapat reda Allah s.w.t.,bukannya penghargaan manusia.Begitu juga paradigma yang diri perlu lakukan iaitu berhenti daripada memberi alasan dan ingat prinsip yang diterangkan sebelum ini iaitu menghormati semua orang,ikhlas,lemah lembut,dan sentiasa memberi perkhidmatan.Dengan adanya keempat-empat prinsip itu,kita tak akan memberikan alasan lagi.


4 comments:

ayut said...

:) smga sentiasa bsemangat melakukan perubahan dan kurangkan alasan...

Pena Islam said...
This comment has been removed by the author.
Nur Atiqah Mohd Zaki said...

biasenye bila kita terjatuh baru nak berubah..

Pena Islam said...
This comment has been removed by the author.
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.