HATI BUTA SEBAB 10 PERKARA


بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Ibrahim bin Adham,seorang ahli tasawuf yang masyur,dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah.Ada di antara mereka bertanya,mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah,sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya?Maka beliau menjawab, “Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..”
10 perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

1.       Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunakan hak-Nya.
2.       Kamu mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu menolak sunnahnya.
3.       Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4.       Kamu makan nikmat Allah s.w.t tetapi kamu tidak mensyukuri-Nya.
5.       Kamu berkata syitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
6.       Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7.       Kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.
8.       Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9.       Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.
10.   Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.


No comments:

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.