8 PAHALA YANG BERTERUSAN



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Anas r.a berkata bahawa 8 jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:
1)      Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.
2)      Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.
3)      Sesiapa yang menulis mashaf (naskah al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang yang membacanya.
4)      Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya.
5)      Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya sama ada burung atau manusia.
6)      Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7)      Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.
8)      Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

2 comments:

adibahfaizah said...

nice sharing :) semoga perkongsian dari blog ni dapat pahala jugak .

Langit Hitam said...

@adibahfaizah insyaAllah, amin. :)

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.