5 NIKMAT SYURGA BAGI GOLONGAN BERTAKWA



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa kepada Allah s.w.t akan masuk ke dalam syurga dengan penuh kemuliaan.Ia merupakan balasan serta anugerah daripada-Nya di atas kesabaran dan pengorbanan yang mereka lalui di dunia dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t. Lebih menggembirakan,Allah s.w.t turut menjelaskan menerusi firman-Nya di dalam al-Quran.

1)Syurga dirapatkan kepada golongan bertakwa
Firman Allah s.w.t: “Dan didekatkan syurga bagi orang-orang yang bertakwa,ditempat yang tidak jauh (dari mereka).(Serta dikatakan kepada mereka): “Inilah yang dijanjikan kepada kamu,kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat),dan memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hokum dan peraturan Allah)”. (Surah al-Qaf:31-32)

2)Ditempatkan dalam syurga yang penuh kenikmatan
Firman-Nya: “Sesungguhnya orang yang bertakwa,ditempatkan dalam taman-taman syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).” (Surah at-Thur:17)

3)Dikurniakan naungan serta mata air dalam syurga
Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang bertakwa berada di tempat yang teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat),dan berdekatan dengan mata air (yang mengalir).” (Surah Al-Mursalat:41)

4)Kekal di dalam syurga di samping bidadari yang suci
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga,yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya.Disediakan bagi mereka pasangan yang suci bersih,serta (beroleh pula) keredhaan daripada Allah,dan Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Surah Ali Imran:15)

5)Dibukakan pintu syurga dan diberikan ucapan salam
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan beramai-ramai sehingga apabila mereka sampai ke pintu syurga yang telah terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: “Salam sejahtera kepada kamu,berbahagialah kamu,maka silalah masuk ke dalam syurga ini dan kekal di dalamnya.” (Surah Az-Zumar:73)

#Nampak tak,nampak tak.hmm..,begitu banyak nikmat yang disediakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa dan sentiasa mengingati-Nya. Jadi, apa masalahnya kalau nak tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t serta menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai hamba.Mudah-mudahan al-Quran berada di samping kita menjadi petunjuk hidayah kepada kita semula,membimbing kita ke jalan yang diredhai-Nya,mendidik diri dan jiwa agar bertakwa kepada Allah Yang Maha Esa,serta memandu kita menuju ke syurga.Amin..


4 comments:

cik yuyu said...

nice sharing.. TQ

Nurlyla said...

subhanallah.. betapa beruntungnya orang2 yang bertakwa itu..

Nurlyla said...

design... :) hehe

Pena Islam said...

yer..btl//jom kite mendidik taqwa dlam diri kita

Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.