Malu

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Siap ambil wuduk, terus lakukan solat fardhu. Selesai solat fardhu, aku duduk jap. Tiba-tiba laju ja airmata ni turun basahkan pipi aku yang kering. Perasaan bercampur baur. Terasa nak diluahkan semua tapi pada siapa? Aku tak tahu pada siapa. Aku sujud. Airmata masih lagi mengalir tak henti-henti. Baru aku sedar, aku masih punya Allah. Ya, aku ada Allah. Tuhan yang setia mendengar keluh kesah hambaNya. Aku mengadu semua segala yang aku rasa. Aku tak tahu apa yang terasa berat sangat dalam kepala sehingga aku rasa terlalu berserabut. Satu per satu bayangan wajah arwah abah, emak, adik, kakak, sahabat semua saling bergantian dalam kepala. Aku tak tahu. Setelah semua aku lepaskan dengan bercerita kepada Allah, airmata aku berhenti mengalir. Aku lega. Sungguh, Allah Maha Mendengar. Dia tak akan biarkan hambaNya keseorangan menempuh detik yang sukar dalam hidup. Biarpun hambaNya tiada sesiapa untuk menumpang tempat bercerita segala benda, tapi Dia selalu ada. Ada untuk mendengar. Ada untuk menenangkan. Ada untuk menjadi penawar duka. Tapi kebanyakan dari kita tak sedar kan hal tu? 

Ok. Bukan sedih ni yang aku nak fokuskan. Benda yang aku nak fokuskan adalah rasa malu. Kenapa malu? Dalam keadaan sedih, tertekan, berserabut dan segala rasa tu, aku mengadu pada Dia, dalam aku mengadu, aku terfikir satu benda. Aku malu. Malu nak minta dengan Dia. Malu nak minta diberikan kekuatan untuk melalui ujian lagi,lagi dan lagi sebab aku rasa terlalu banyak sangat nikmat. Banyak sangat sampai tak mampu nak hitung. Sungguh. Aku tak mampu, hatta semua makhluk pun tak akan mampu nak hitung nikmat Allah bagi. 

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An-Nahl 16 : 18)


Dia bagi macam-macam pada kita. Bagi oksigen, udara, cahaya matahari, tumbuh-tumbuhan, mak abah, adik beradik, keluarga, kawan dan banyak lagi tapi kita selalu lupa nak bersyukur. Aku tak nak kata 'terlupa' sebab bila ada 'ter' je orang kata tak sengaja. Ah, manusia.  Boleh rasa tak sengaja tak nak bersyukur? Pelik lah. Hmm.. ye, malu nak minta lagi nikmat daripada Dia. Dia bagi macam-macam tapi tak nak bersyukur. Airmata lagi sekali mengalir. Ego betul. Kenapa tak nak bersyukur? Susah sangat ke nak bersyukur. Dia dah 'ketuk' aku dengan rasa malu ni. Nak bagi aku sedar. Dia tak pernah kedekut nak bagi nikmat pada hambaNya tapi hambaNya selalu kedekut nak bersyukur pada Dia. Dia saja nak tengok sejauh mana hambaNya ni boleh pergi tanpa bersyukur. Tengok. Tak pergi jauh pun, dah tersungkur. Rebah, terluka. Menangis dan rasa diri lemah. Berdoa pada Dia minta diberi kekuatan. Hah, baru sedar diri perlukan Dia.

Itulah manusia. Jauh mana pun pergi. Cuba berlari daripada Tuhan, akhirnya akan kembali semula kepada fitrah. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Jangan ego. - LH

..................
Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik. 
(Ar-Ruum 30 :31)


taipan,
LH 

J A N J I

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Dalam sebuah perjalanan, aku mengatur langkah
Dengan penuh hati-hati agar kaki tidak memijak duri
Saat aku dibuai indah dengan yang namanya ‘pertemuan’
Aku terlupa duri di hadapan, hingga kaki ini terluka memijaknya.
Tangis yang aku tahan selama itu akhirnya mengalir keluar juga
Bersama darah merah pekat.
Menanggung sakit tak terperi
Aku tersadung, jatuh. Rasa tak mampu untuk bangkit lagi.
Mana janji yang ditabur dulu? Katanya jatuh bangun kita bersama.
“Duka yang kau rasa, aku juga rasa
Bahagia yang kau damba, aku juga damba”
Ingin sekali aku tuntut janji itu.
TAPI
Aku bukan siapa-siapa yang layak buat begitu,
Mungkin tak pernah pun ada nama aku dalam kamus hidupmu
Atau aku cuma persinggahan di kala kau tak punya siapa-siapa ketika itu
Aku terasa seperti RnR,
Kau singgah bila kau penat
Dan kau teruskan perjalanan bila penat kau dah hilang.
Aku cuma ingin khabarkan
aku masih ada bila kau perlukan teman
untuk bercerita, berkongsi segala rasa.
Aku masih di sini
Masih sama seperti dulu
Masih utuh memegang janji sebagai seorang sahabat.

14 Muharram 1437H | Selasa

by LangitHitam
 
Creative Commons License
Except where otherwise noted, content on this site is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License.